Sunday, March 21, 2010

KURSUS BEKAM DI HPA TAIPING

Atas permintaan tinggi daripada pengedar2 Komuniti Taiping, Team Herbalis Ikhwan dengan kerjasama Unit Herbalis Komuniti Ipoh telah bersetuju mengadakan Kursus Bekam al Hijamah Siri 2 di Dewan HPA Caw Taiping.

Tarikh: 28 Mac 2010 -Ahad
Masa : 9.00 pagi-4.30 ptg
Modul: Usahawan Herbalis HPA dan Konsep Perubatan JAWI
Modul 2: Teori 10 Titik Sunnah
Modul 3: Praktikal (Set Bekam dibekalkan kepada setiap peserta.

Pembimbing: PJ Herbalis Shafariah
PJE Us. Mohd Sani Ibrahim

Yuran: Rm95
Terhad kepada 20 peserta sahaja.

Untuk pendaftaran: Hubungi Sha 013 6641872

Monday, March 1, 2010

KURSUS BEKAM DI HPA TAIPING & KURSUS DIAGNOS DI HPA MANJUNG

Alhamdulillah... Pada 21 Feb 2010-Ahad telah diadakan Kursus perawatan Bekam kepada pengedar HPA sekitar Taiping dengan kehadiran peserta sekitar 16 orang. Para peserta didedahkan dengan Modul 1 iaitu Menjana Visi dan Misi Hpa Sebagai Usahawan Herbalis yang disampaikan oleh PJE Cikgu Sani dan diikuti Modul kedua, Konsep Perubatan Jawi yang didampaikan oleh PJ Herbalis Shafariah dan Modul ketiga Teori Bekam 10 Titik Sunnah.
Pada sebelah petang diadakan amali bekam. Setiap peserta secara berpasangan melakukan bekam angin dan darah antara satu sama lain. Rata-rata peserta teruja dengan kaedah perawatan Nabi yang ditinggalkan sejak sekian lama. Menurut PJ Shafariah selaku Ketua Herbalis Komuniti Ipoh, para peserta boleh mendalami lagi ilmu perawatan dalam Program Sijil Herbalis anjuran HPA sendiri di Jejawi Perlis.

Pada 28 Feb 2010-Ahad: Telah berlangsung Kursus Perawatan Mendiagnos Saraf Tapak Tangan di Dewan HPA Manjung. Pendaftaran peserta sekitar 20 orang memberi semangat kepada penganjur kursus iaitu Unit Herbalis Komuniti Ipoh dengan kerjasama Team Herbalis Ikhwan untuk mengadakan lagi kursus-kursus perawatan di masa akan datang. Melalui kursus ini diharapkan dapat meningkatkan lagi ilmu pengedar HPA dalam usaha menjadi Usahawan Herbalis MLM yang berjaya.

Monday, February 1, 2010

KURSUS BEKAM ASAS 10 TITIK SUNNAH DI MANJUNG


Team Herbalis Ikhwan telah berjaya menganjurkan Perawatan Jawi dalam Kursus Bekam Asas & Lanjutan pada 31 Januari 2010 bertempat di Dewan HPA Caw. Manjung dengan kehadiran seramai 16 orang peserta. Melalui kursus asas bekam 10 titik sunnah ini diharapkan disiplin perubatan Jawi akan terus berkembang dan menjadi pilihan utama masyarakat Islam khususnya. Menurut pembimbing kursus PJ Herbalis Shafariah Ibrahim, para peserta boleh menimba banyak lagi ilmu perawatan melalui kursus Herbalis yang dianjurkan oleh pihak KPPJ HPA di jejawi Perlis. Para peserta juga amat berminat untuk mendapatkan ilmu asas dalam perawatan tulang belakang dan akupuntur. PJ Herbalis Shafariah berjanji akan terus menggempur perawatan sebagai satu cara memperkenalkan HPA kepada massa dan menjana produk herba HPA sebagai pilihan utama ummmah. Kursus ini turut dibantu oleh PJE M. Sani dan Sdr Azrol (Lulusan Kursus PTB 2010) Antara modul yang dibentang ialah "HPA dan Perubatan Jawi" Konsep Perubatan Jawi" dan dan Modul Teori Bekam 10 Titik Sunnah serta diakhiri dengan Bekam Amali pada sebelah petang.

Wednesday, January 20, 2010

Al Fatihah : Yang Pergi Sukar Dicari Ganti.

Pada minggu lepas PJ Ustazah Siti Rahmah yang merupakan penggerak penting bagi pengembangan HPA di sekitar Komuniti Parit & Bota telah pergi kerahmatullah. Allahyarhamah juga banyak menyumbang sebagai penceramah & fasilitator dalam program PBC di Seberang Perak, Parit dan Ipoh. Beliau yang juga seorang herbalis telah membuka stokis di pekan Bota, banyak menganjurkan program rawatan dan homeparty dalam usaha memajukan HPA di Perak Tengah. Al Fatihah.

Monday, January 18, 2010

KURSUS BEKAM ASAS

Atas permintaan usahawan-usahawan HPA sekitar Manjung terhadap perubatan Jawi, maka Unit Perubatan Jawi Komuniti Ipoh merancang akan mengadakan Kursus Bekam Asas di Dewan HPA Manjung pada 31 Feb 2010. Kursus tersebut akan mendedahkan tentang kehebatan bekam sebagai perawatan sunnah yang menjadi salah satu misi HPA. Para pengedar yang bakal menjadi usahawan herbalis akan mudah menggempur produk herba melalui ilmu perawatan yang dimiliki. Untuk pendaftaran boleh menghubungi Herbalis PJ Shafariah di talian 013 6641872.

Tuesday, August 18, 2009

PELUANG TIMBA ILMU PERAWATAN

TUNGGUUUUU....INSYAALLAH... Unit Perubatan JAWI, HPA Komuniti Ipoh akan menganjurkan lebih banyak lagi kursus untuk pengedar-pengedar HPA di sekitar Ipoh agar lahir Usahawan Herbalis yang mampu membawa Visi dan Misi HPA di tengah-tengah masyarakat khususnya di bandaraya Ipoh.
Antara Kursus yang akan dianjurkan selepas Idulfitri ialah:
1. Kursus Refleksologi yang akan dibimbing oleh Herbalis Khamli
2. Kursus Akupuntur untuk merawat Resdung, Awet Muda, Migrain dan Imuniti yang akan dibimbing oleh Herbalis PJ Shafariah dan PJE M. Sani
3. Kursus Bekam Al Hijamah siri 2